Jawapan kepada tajuk di atas adalah bergantung dengan cara hidup anda dan sikap. Contoh anda di situasi di mana anda harus menggunakan wang untuk membayar keperluan asas yang utama, seperti bayar duit sewa rumah, bil-bil berkaitan dan makanan, sekalipon anda ada tanggungan 5 anak purata duit yang habis dalam 1200 untuk makan dan minum sahaja, masih berbaki jika ana mempunyai gaji 3k sebulan. Akan tetapi mana duit yang berbaki itu hilang dan habis?
Berikut adalah senarai di mana mungkin duit anda disedut ke arahnya:
1. Adakah anda seorang perokok?
2. Anda suka bermain 4d toto?
3.Gemar berbelanja sakan di pusat membeli belah?
4. Membeli barang bukan keperluan?
5. Terlalu menggunakan wang ke arah hiburan?
6. Kerap membayar hutang kad kredit?
7. Membeli handphone yang terlalu mahal sehingga ia memakan ribuan ringgit?
8. Membayar hutang bank?
9. Membayar bil tertunggak?
10. Membayar saman?
11. Menggunakan wang tanpa sedar dan ia disedari sebaik sahaja pihak bank menelefon anda?
12. Membeli permainan yang memakan ribuan ringgit?
13. Makan dan banyak dihabiskan kepada makanan?
14. Kurang membuat penyimpanan dan terlalu banyak membuang duit dengan pelbagai hutang perabot?????
Berjimat cermat ketika berbelanja kerana dengan berjimat anda dapat menyelamatkan masa depan anda. Kini anda wajib mempunyai simpanan dan paling minima simpanlah 200 untuk di waktu yang memerlukan. Kerana rakyat malaysia hampir 60% gemar berbelanja dan menghabiskan masa di pusat membeli belah.
Serta Malaysia adalah negara yang banyak buyers yang dianggarkan 30% dari separuh rakyat Malaysia sanggup bergadai wang untuk dapatkannya. Tidak percaya? Kaji untuk dapatkan buktinya.
No comments:
Post a Comment