Nuffnang

Sunday, January 23, 2011

Aku Dan Kamu

MELAKA BANDAR BERSEJARAH

SELALU PERGI MELAKA?, CUBA PERGI LIHAT SEJARAH DAN TINGGALAN SEJARAH YANG BEHARGA.

AKU DAN KAMU.
 Dari kanan zaidi, Amar dan hujung sekali Hairil shah.
 Bertolak dari Kuala lumpur terus pergi ke Rembau, Negeri Sembilan, kami tidur untuk satu malam dan esok petangnya kami pergi ke bandar hilir, MELAKA.

 Air pancut yang cantik dan menarik perhatian pelancong.
 Memang cantik air pancut ni, kalau letak kat depan rumah aku mesti terkenal rumah aku.

 Apa yang kami tengah lihat tu? Perempuan cantik ke?
 Ini yang kami lihat Kereta BOMBA MELAKA ZAMAN LAMPAU.
 Memang unik dan menarik, terjaga keasliannnya.
 Penat berjalan aku dan mereka berehat di kedai cendol berhadapan dengan kolam air pancut tadi.
 Perkhidmatan untuk melancong di atas air juga disediakan di belakang kapal yang besar. Ada satu je kapal yang besar disini.Mana ek?

 
 Meriam buluh, bukan. Ini adalah alat yang digelar meriam, iaitu senjata untuk pertahankan negara. Menarik. Betapa susahnya orang terdahulu menentang penjajah, dan kini kita semua dapat hidup dengan aman kerana semangat juang mereka suatu masa dulu. Jasa mereka kepada negara amatlah besar.

 Kapal yang tersadai. Ini adalah kapal yang besar di Melaka, Muzium samudera.
 Binaan kapal yang memerlukan lebih sepuluh orang untuk membinanya. Wah awek tudung pink tu cantik jugak...

Tempat ini - Dirasmikan oleh Y.A.B DATUK SERI UTAMA DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD iaitu perdana menteri MALAYSIA ketika itu pada tahun 1994.
 Jom kita tengok kincir angin dan yang ini agak besar ..sampai kena dongak kepala ke atas..
 Kincir air ini boleh mengambil banyak air dan memberi kita air yang secukupnya.
 Melihat kepada kincir angin ni rasa nak ada satu kat rumah la.


Informasi untuk kubu dan sejarah melaka.

 Meriam yang sedia untuk meletus.
Nampaknya sasaran dikenal pasti. Meriam ini sebenarnya dijadikan pameran untuk pengunjung yang melawat kubu ini.

 Baik-baik nanti meletup, amaran.
 Tengok apa tu?
 Dataran pahlawan adalah salah satu tempat untuk dilawat, yang bestnya atas bangunan ini ada dataran.
 Beca, pelancong yang datang malaysia suka untuk melancong dengan kenderaan ini. Kenapa tak naik kereta jawapan dia beca ni agak unik kerana mempunyai sistem audio dan kita bebas nak ambil gambar, nak makan atas beca pon boleh! Jalan-jalan pusing naik beca sesuatu pengalaman yang tak dapat dilupakan, --
 Puas berjalan-jalan, dan lihat pelbagai warisan yang ditinggalkan kami pulang dengan hampa. Kenapa hampa? Bukan dah tengok semua tempat ker? Sebab belum makan, lapar.

 Arah ke parking kereta aku.
Inilah kereta yang aku ada.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk baca blog aku.
p/s: Awas! Jangan renung lama-lama haha. Kalau anda ada komen sila komen di bawah.

No comments:

Post a Comment

PELUANG ANDA!!

HANGAT

Untuk sebarang sewa iklan di blog saya sila post comment

IKLANKAN DI BLOG SAYA- percuma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers