Nuffnang

Saturday, February 19, 2011

Hari-hari berulang! Oh kehidupan..

Seawal tujuh pagi kena bertolak dari rumah untuk ke tempat kerja. 8.oo pagi sampai, dan terus buat kerja sampai kepala tumbuh rambut baru. Dan inilah yang selalu diulang setiap hari kecuali pada hujung minggu.


 Parking. Selepas itu pergi settlekan kerja yang tertunggak semalam. Apabila perut aku lapar tahap kronik, terus aku teringat untuk cepat lakukan kerja, sambil-sambil itu kepala aku berkhayal untuk lauk tengahari nanti.

 Aku diarahkan untuk pergi site, memang hari-hari begini. Sesudah itu aku akan ukur dan cari nama untuk tumbuhan serta design tapak atau kawasan tersebut.
 Kembali ke office, aku mula melakar dan selepas melakar aku akan guna Autocad untuk design serta sketchup untuk lihat gambaran sebenar.
 Proses mengingat adalah penting dalam bidang senibina landskap.
Lakaran di lukis di atas kertas A3.
 Siap lakaran terus kira luas  dan design kembali ke dalam Autocad.
Hmmm, hari2 begini, apa yang aku dapat ialah ilmu dan perkara baru dalam design.
 Tepat jam 1.00 tengahari aku cabut dan balik ke rumah untuk mencekik. Nasi lemak yang membuatkan aku tercekik.
Aku mandi dan tukar baju baru, dan bergerak sekarang. Dalam pukul 2.00 aku akan sampai ke pejabat untuk teruskan mana2 bahagian yang tertinggal untuk disiapkan. Sempat tangkap gambar ,bagi kat bos, suruh bos komen.
 5.20 time balik dan ini memang aku nantikan. Dengan muka selamba aku tergelak di pejabat dan apabila member2 aku tengok aku cover cakap kelakarlah video kat youtube ni. Sampai rumah aku terlihat kucing yang aku rasa nak cekik2 sampai pengsan.

 Sebenarnya aku tidaklah kejam, aku cuma meraba kucing ni, tu je.
 Kucing ni seperti annoying aku.
 Malam, aku keluar pergi ke putrajaya. Habis letih cucimata masa untuk pulang ke katil.
Dalam kepala otak aku dah setup yang esok aku akan pergi ke kerja dan ulang benda yang sama, bezanya tugasan lain dan dapat perkara baru. Bagi aku cabaran dalam melakukan kerja hari2 adalah bertenaga selalu dan tidak mengalah dengan tertidur di meja.



1 comment:

  1. kucing 2 pon nk kawen hoooo...mnusia kawin kucg nk gak...kucing pon raba apa la lu..

    ReplyDelete

PELUANG ANDA!!

HANGAT

Untuk sebarang sewa iklan di blog saya sila post comment

IKLANKAN DI BLOG SAYA- percuma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers