APA ITU CINTA.
1.Sudah tentu anda semua tahu apa itu cinta, cinta itu datang dengan sendiri adakalanya anda begitu mengiginkan cinta. Seronok ke bercinta, kenapa anda perlukannya. Fitrah manusia memang untuk saling sayang-menyayang dan disayangi. Cinta terbahagi kepada 4, pertama cinta monyet, biasalah budak-budak sekolah balik sekolah ada yang naik bas untuk balik rumah, mula-mula sekadar berkenalan di dalam bas, lama-kelamaan makin rapat dan jatuh cinta dengannya. Jika ini situasinya memang cinta monyet, tapi kalau cinta "monyet" ini diteruskan sampai ke jinjang pelamin memang ini cinta sejati.
2.Kedua ialah cinta selepas kahwin, dimana kedua-dua pasangan sudah bertunang dan berkahwin seterusnya ingin mengenali hati budi masing-masing dengan lebih dekat. Baru berkenalan dan bercinta kerana pilihan keluarga. Biasanya pasangan atas pilihan keluarga ramai yang kekal hingga ke usia tua, pstt tidak percaya? tanya ayah dan ibu korang. Hanya segelintir yang bercerai kerana pasang dua, curang, atau tidak boleh mengembangkan zuriat.
3.Cinta dari sekolah hingga ke alam pekerjaan dan berpisah sebentar sebab nak tukar baju pengantin dan berkahwin, bak kata orang putih so sweet couple and this is true love, iaitu cinta sejati. Banyak yang kamu berdua korbankan dan saling memahami antara kamu dan si dia yang bertuah. Kasih sayang kamu begitu kuat hingga ke alam perkahwinan dan ini merupakan pasangan yang serasi bersama. Agak lucu jugak masa kahwin nanti main campak kek kat muka pengantin dan orang ketiga mungkin adik-beradik kamu yang akan dapat kek percuma tanpa di suap, ini mungkin terjadi kalau terlalu serasi.(gurau je-tapi pernah terjadi)
4.Cinta itu lebih baik kalau disalurkan ke jalan yang betul, kalau dah betul sayang kawin je apa tunggu lagi, duit hantaran cukup, kereta ada, rumah ada, hati ada, cinta ada, anak ada ker? Kahwin adalah cara terbaik untuk mencurahkan kasih-sayang dan mendapatkan zuriat secara halal.
5.Rasanya cinta itu besar pengaruh dan kesannya terhadap hati, kebanyakan orang yang bercinta ini hatinya lembut je. Senyum sorang-sorang pon ada, jangan tak tahu gelak sorang-sorang pon ada! teringatkan buah hati la 2. Cinta ini begitu menyentuh hati dan perasaan.
6.Kawal perasaan kamu untuk luahkan kepada yang disayangi. Sebab ada kawan-kawan aku yang pernah ada tidak terkawal perasaanya, cinta dah diluahkan tetapi ditolak, sampai yang kawan aku punya girlfriend nak bunuh diri. Sampai macam itu sekali, nak terjun dari tingkat atas dan kawan aku tu pula ambil pisau dan gores kat pergelangan tangan. Beratkah hatimu nak berpisah? yang sorang masih sayang dan yang sana nak berpisah tapi ada persaan simpati. Last hari itu aku jumpa diorang bukan main mesra lagi, hmmh lampu hijau.
7.Cinta itu memang indah tapi bapa aku pernah berpesan kat aku cinta itu sementara yang kekal ilmu, sebab kalau kau dah berjaya belajar sampai degree dan mungkin sambung sampai master siapa yang tak nak kat kau, berpendidikan, gaji pun besar atas usaha yang kau lakukan selama ini terbayar. Ikutkan cinta kebanyakannya pelajaran entah kemana jika belajar di unversiti yang sama dan sama kos pulak itu, tapi ada juga aku dengar ada sepasang kekasih berjaya dan berkahwin selepas itu. Itu yang berkahwin kalau tidak? putus di tengah jalan, bersedih dan pelajaran merosot sebab hilang tumpuan dan ini yang aku maksudkan ialah cinta itu sementara manakala pelajaran itu kekal. Yang penting pandai bahagi masa dalam bercinta.
8.Lagi bagus belajar sunguh-sungguh dan kahwin. Seterusnya dan selamanya yang terbaik.
OH betul 2 tatapi cinta larii tak cakp dalam artikell ni? how man how??
ReplyDelete