Kurus????????? Oh agaknya ramai yang nak kurus untuk cantikkan badan dan si jejaka tertawan dengan si gadis yang kurus. Oh! Gemuk itu ada kemungkinan menghadapi risiko mendapat penyakit. Obesiti di Malaysia makin meningkat, yalah banyak sangat makanan, sana-sini makanan. Pergi satu kawasan, agaknya berapa kedai makanan di kawasan perumahan anda? 4-5 kedai. Itu baru kawasan perumahan, kalau di bandar sehingga 5-10 kedai makanan pon ada, tidak hairanlah jika ada yang berlebihan berat badan. Oh ya berapa banyak yang kamu ingin kurangkan makan? Diet sehingga rasa lapar adalah tidak baik untuk kesihatan dan ia menyeksa diri sendiri.
Kurus boleh ditangani melalui bersenam sekurangnya 2 kali seminggu. Ambilah masa dalam 40 mint untuk berlari perlahan dan cubalah buat sit-up yang tidak membebankan anda, dalam 40 kali sehari pon dah cukup, bergantung kepada tenaga anda. Sebelum bersenam cuba minum kopi, dan selepas 25 minit baru pergi bersenam. Kopi boleh menguruskan badan! Kerana ia berfungsi membakar lemak. Cubalah.
Jangan pula minum kopi berlebihan sehingga 8 cawan sehari, lain pula jadinya, memberi penyakit lain. Selain itu makanlah separuh dari yang biasa anda makan, tetapi biarkan kuantiti air yang anda ambil kekal tanpa dikurangkan. Anda akan dapat lihat kesannya dalam masa sebulan.
Nak kurus lagi?? Lebihkan bersenam dan cuba berjumpa doktor untuk cara yang lebih baik serta berkesan. Anda disarankan bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk melancarkan otot dan darah.
No comments:
Post a Comment