Nuffnang

Wednesday, March 30, 2011

Kesan nuklear.



Kesan nuklear terhadap muka bumi. Kesannya boleh menghancurkan sehingga terdapat implikasi gegaran yang kuat. Kuasa nuklear boleh merosakkan sebuah negeri, dan membakar negeri sehingga menjadi abu. Apa itu nuklear? Kenapa ianya sungguh berkuasa?Apa itu nuklear? istilah 'nuklear' merujuk kepada inti atau nukleus atom dan tenaga nuklear adalah tenaga yang dijana daripada tindak balas dalam nukleus atom.
Ada dua jenis tindak balas nuklear yang boleh digunakan untuk menjana tenaga, iaitu tindak balas pembelahan nukleus (nuclear fission) dan tindak balas pelakuran nukleus (nuclear fusion).

Di dalam peperangan senjata nuklear adalah senjata yang mendapat tenaga dari reaksi nuklear dan mempunyai momentum kuasa yang besar untuk menghancurkan. Nuklear adalah kuasa yang dicipta samaada untuk peperangan atau untuk menjana elektrik, jika untuk menjana elektrik ianya menjimatkan tenaga fosil, ianya menggunakan kuasa yang berbeza dan cara berlainan. Sebiji bom nuklear mampu memusnahkan sebuah negeri. 


Dalam peperangan ianya pernah digunakan dan diledakkan di negara Jepun. Senjata nuklear telah digunakan Amerika hanya dua kali dalam pertempuran selepas Amerika dibedil Jepun, dan terciptanya Perang Dunia II oleh Amerika Syarikat terhadap bandar Jepun, Hiroshima and Nagasaki.


Bandar Jepun, Hiroshima and Nagasaki diledakkan Nuklear sehingga membunuh lebih dari ratusan orang.
Kuasa nuklear yang diisytihar adalah Amerika Syarikat, Rusia, United Kingdom, Perancis, Republik Rakyat China, India dan Pakistan. Selain itu, negara Israel dipercayai mempunyai senjata nuklear, walaupun tidak diuji dan Israel enggan mengisytiharkan sama ada ia memiliki senjata nuklear ataupun tidak. Anda boleh kaji Negara yang mempunyai nuklear.
Senjata nuklear kini dapat dilancarkan melalui pelbagai cara seperti melalui kapal terbang pengebom, peluru berpandu, peluru berpandu balistik, dan peluru berpandu balistik antara benua.


Senjata nuklear yang pertama dicipta di Amerika Syarikat dalam satu projek rahsia yang dinamakan “Manhattan Project” (Projek Manhattan). Ujian senjata nuklear pertama dijalankan pada 16  Julai 1945 di suatu tapak dekat Alamogordo, New Mexico. Bahaya penggunaan nuklear dalam peperangan adalah di tahap yang membimbangkan. Ini kerana ia boleh mampu untuk memusnahkan sebuah negeri!

2 comments:

  1. tenaga nuklear bhayanya mmg byk kalau tidak dikawal rapi..Macam tragedi Fukushima Jepun. Kesan radioaktifnya merebak sampai menjejaskan hasil pertanian dan nelayan.

    ReplyDelete
  2. btul wahh bagus ni ada link " Macam tragedi FUku.............., baru lagi post 2 bertambah maklumat, cam saya dah post lama dah, march huhu, nak tulis baru thn ni , ada kt otak form 5 haha ada maklumat sila kongsi , dialukan simpan ilmu buat apa jika x dikongsi kn? .....tq sbb share new thing, sebarkn baik dpt yg baik..salam.

    ReplyDelete

PELUANG ANDA!!

HANGAT

Untuk sebarang sewa iklan di blog saya sila post comment

IKLANKAN DI BLOG SAYA- percuma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers