Nuffnang

Tuesday, January 4, 2011

KEJAYAAN.

TIPS UNTUK MAJUKAN PERNIAGAAN.
STRATEGI.


1.Sebuah strategi yang lebih baik dalam perniagaan untuk berjaya, adalah memiliki karakter yang baik seperti kejujuran dan akan mendapatkan kepercayaan dari rakan kongsi, rakan perniagaan dan peminjam. Kepercayaan ini akan pergi jauh dalammeningkatkan reputasinya dalam dunia perniagaan.


MENEROKA.


2.Banyak meneroka perkara baru seperti mencuba benda yang baru dalam perniagaan. Contohnya anda cuba membuka restoran dan dalam setiap empat bulan cuba sediakan menu baru dan ubah kedudukan meja dan hias restoran anda, cara ini dapat menampilkan imej yang baru.


PELUANG.


3.Kejayaan datang secara tiba-tiba, mungkin anda adalah insan yang bertuah dan contohnya ada seorang mamat ni dulunya posmen sekarang berjaya dan bergelar jutawan setelah menjadi artis. Secara semulajadinya kejayaan boleh dibentuk dan ianya mungkin datang dengan sendiri ianya digelar peluang.


KEDUDUKAN.


4.Ali mempunyai ijazah dalam bidang undang-undang tetapi memandangkan kerja sukar dicari dia tidak begitu memilih dan bekerja dengan sebuah syarikat insurans, contohnya gaji dalam lingkungan 3ribu lebih. Dia mampu untuk beli rumah dan kereta secara hutang. KIta lihat situasi kedua pula, Amir. Keputusan spm teruk dan mula bekerja di ladang bapanya selepas tamat sekolah tingkatan 5.Di ladang bapanya hanya ada 10 ekor kambing, dia bercadang untuk membeli 6 ekor kambing lagi dengan tujuan untuk menjual kambingnya serta membiakkan kambing. Habis duit akaun yang dia simpan dia berusaha gigih menjaga kambing, setelah beranak-pinak kambing itu Amir menjual kambing yang cukup usianya lebih 5 tahun. Setelah 4 tahun bisnes Amir berjaya dan  membeli sebuah kereta tanpa huatang dan rumah serta mengembangkan bisnesnya. Lihat kedudukan dalam pelajaran juga tidak mempengaruhi kejayaan sesorang. Anda sendiri boleh lihat dalam akhbar kejayaan sebegini.


ILMU.


5.Orang yang berjaya kebanyakannya mempunyai ilmu yang ada sesetengah datang dari sekolah, universiti, ibubapa, rakan-rakan, internet, buku dan pelbagai informasi. Jadi ilmu itu penting untuk anda berjaya, jika anda tidak tahu membawa kapal terbang bagaimana nak terbangkannya? caranya adalah ilmu untuk membawa kapal terbang, sama seperti anda memandu kereta, jika anda ingin menggerakkan kenderaan ia memerlukan ilmu.


p/s:Sebarang cadangan atau untuk berkongsi idea sila komen di bawah. Terima kasih. Saya akan pamerkan idea anda di blog saya.

No comments:

Post a Comment

PELUANG ANDA!!

HANGAT

Untuk sebarang sewa iklan di blog saya sila post comment

IKLANKAN DI BLOG SAYA- percuma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers