APA ITU BEBAS
1.Bebas merangkumi aspek sesuatu perkara, yang mana ia boleh melakukan apa saja perkara tanpa sekatan, contoh jika ia dikaitkan dengan ramaja yang tidak bermoral ia diertikan sebagai hidup bebas tanpa batasan, dan jika terlalu bebas ia akan memberi kesan negatif seperti pergaulan bebas, seks bebas, keruntuhan akhlak.
GAYA HIDUP BEBAS DAN KESAN TERHADAP DIRI
1.Kini remaja masa kini tidak terkawal disebabkan pengaruh rakan yang hidupnya segalanya nak bebas dan terjebak ke arah maksiat, bermula dari pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan seterusnya rapat dan bercinta, sehari dua pegang tangan, bulan depan pegang tempat lain, dan ini menjerumus ke arah seks bebas tanpa ikatan yang sah. Zaman remaja adalah yang terindah, dan suka ingin mencuba sesuatu yang baru dan sifat ingin tahu, "tapi kenapa remaja yang dibicarakan bukan orang dewasa atau kanak-kanak?" Jawapannya adalah sebelum menjadi dewasa kamu akan melalui zaman remaja dak kanak-kanak belum matang untuk melakukan perkara yang di luar jangkauan. Dari umur yang digelar remaja inilah harus dibimbing kerana kamulah penyambung genarasi akan datang.
2.Saling nasihat adalah sesuatu yang perlu diambil positif untuk diperbaiki dan lebih bagus yang menasihat adalah orang yang lebih arif serta mempunyai akhlak baik. Kesan jika selalu membuat jahat akan dilihat pada hari kemudian. Jadi jauhilah dadah, elakkan dari meneguk arak kerana ini akan menyebabkan sirosis hati iaitu sejenis penyakit serta jauhilah seks bebas kesannya kamu bakal menghidap HiV dan melatih diri untuk lakukan perkara baik. Buat baik akan dibalas baik, pernah tidak kamu rasa yang diri anda telah melakukan sesuatu yang baik dan ianya dibalas baik tanpa diminta. Banyak contoh-contoh yang boleh dilihat, memimpin tangan orang tua untuk melintas jalan, ianya memberi reaksi positif terhadap masyarakat sekeliling, mungkin kamu pendorong untuk mereka melakukan kebaikan, menolong rakan anda yang di dalam kesusahan, esok siapa tahu anda perlukan pertolongan. Jadi setiap perbuatan yang anda lakukan memberi kesan sama ada sekejap atau untuk jangka masa yang panjang.
3.Kawan saya pernah melakukan sesuatu yang dianggap jahat. Pernah saya menegur tetapi tidak diendahkan. Paling menyedihkan kawan saya suka sangat hisap gam, untuk pengetahuan korang hisap gam ini kesannya terhadap otak ia boleh mematikan sel-sel otak, kesan terhadap tubuh badan boleh jadi kurus. Sekarang ini dia
masuk hospital berbulan lamanya dan dikategorikan pesakit psykiatri dan otaknya kurang berfungsi seperti lemah dan tidak bermaya. Cuma sekadar kongsi pengalaman dari saya. Saya nak cerita ini dijadikan satu teladan. Sebab saya tidak mahu kehilangan rakan yang saya sayang, memang saya akui saya sedih.
4.Hidup ini hendaklah ceria selalu dan jangan tension2. Keluarlah ajak teman pergi kedai buku, beli buku novel atau buku pelajaran dan sewaktu dengannya. Dapatlah tambah ilmu. Tak pon cubalah buat sesuatu yang memberi manfaat atau hiburan.
p/s:Aku minta maaf kalau menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sila komen atau beri cadangan untuk tajuk ini, jadilah insan berguna(gaya hidup bebas dan kesan terhadap diri).
Sedih mengingatkan kawan aku, paling susah aku nak lupa kawan yang paling rapat dengan aku sakit teruk sampai hilang ingatan sebab dadah.
ReplyDeleterileks yg pas 2 pas but see today!
ReplyDeletewei bro banyak yang lu cakap btul bro,copy ckit boleh?
ReplyDeletetambah lagi skrg ni ad dadah seludup ke luar ngra ada org mati kne gantung bro seaba dadah
ReplyDelete