Belajar sungguh-sunguh tapi saya tidak dapat A, bagaimana?(saya banyak tidur dal kelas,main poker bang). Kawan saya belajar sama kelas dengan saya tapi saya dapat pertama untuk terakhir dia dapat keputusan kedua yang teratas.
8 CARA UNTUK CUBA DAPATKAN "A".
1.Rajin membaca, betul banyak baca akan membuatkan kita banyak menimba ilmu secara tidak langsung meningkatkan ilmu di kepala.(bukan ilmu di dada ke).
2.Membaca itu haruslah ada kemahiran, cubalah korang baca buku yang bermanfaat contohlah, buku belajaran, akhbar, buku tentang dunia luar, sejarah, sains, politik dan ini semua yang patut dibaca dan disyorkan untuk anda membaca.(aku ni tgh tengok utraman,cepat siap bagi tips ni ak nak main game naruto ultimate). Cuba kurangkan membaca komik atau banyak menghabiskan depan ps3, ps2, x box 360 dan yang sewaktu dengannya, bukan tidak boleh, tapi cuba kurangkan atau bermain di waktu korang bercuti.(ni ps3 ak lantaklah ak lah).
3.Ikut arahan guru ketika berada di kelas seperti menyalin nota, membuat latihan, cuba jangan degil atau melawan guru, ini memudahkan untuk anda berdisplin serta bijak mengumpul maklumat penting seperti nota. Tips peperiksaan. Apa yang penting selepas salin nota balik rumah selepas selesai mandi dan makan jangan tengok tv dulu, tak boleh! korang buka nota yang disalin, cuba baca dan fahamkan, sekepas itu hafal dan buat soalan yang diberi. Berjaya jawab soalan bermakna memang anda faham dan hafal. Ini salah satu tips peperiksaan yang dah lapuk sejak 1990an lagi tips ini sudah dipakai. Memang berkesan dan selepas dapat menguasai subjek tersebut cuba ambil ketenangan jap, tengok tv ke, menonton movie dan sebagainya yang bermanfaat.
4.Nak "A" perlukan usaha yang berterusan dan berperingkat. Cuba kuasai subjek yang susah, dan selepas faham, ulangkaji buat banyak latihan yang berkaitan dan kongsikan dengan kawan2. Kalau ajar diorang yang tidak berapa nak faham lagi bagus sebab kalau anda mengajar maka anda faham seterusnya anda lebih faham dan anda akan lebih ingat.
5.Masa depan anda terletak di tangan anda sendiri dan bukan dari orang lain. Kunci kejayaan ada 12 yang saya hendak kongsi malah lebih dari 20 sebenarnya.
1.Fahamkan apa yang guru anda ajarkan kepada anda.
2.TUMPUKAN perhatian di dalam kelas, dan cuba fahamkan terus apa yang cikgu ajar.
3.Ulangkaji di rumah setiap kali pulang dari sekolah dan banyakkan latihan.
4.Kuasai tajuk yang susah.
5.Bijak bahagi masa,
6.Hormati guru, rakan2, ibubapa dan orang yang lebih tua dari kita.
7.Jangan putus asa dan anggap kegagalan sebelum ini seperti cabaran serta jangan takut untuk gagal.
8.Banyakkan baca dan ulangkaji dan fahamkan dan selepas itu barulah tawakal.
9.Jaga kesihatan anda jangan belajar sampai tidak makan. Pastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan terbaik.
10.Belajar di tempat yang selesa dan pastikan anda cari tempat yang terang.
11.Aturkan jadual dan mempunyai azam yang kuat.
12.Berdoa dan bersolat dan ceria (serta ketawa boleh mengurangkan stress).
6.Anggap guru yang mengajar seperti kawan anda,(jangan kau pijak kepala dia pulak!). Banyakkan bertanya kalau tidak faham, cikgu atau pensyarah suka murid yang bertanya. Ambil tips2 dan soalan yang bakal keluar di peperiksaan dari adik-beradik anda atau sedara-mara yang baru selesai SPM.
7.Kemahiran fasih berbahasa lebih dari 4. Belajar bina perkataan dan hafal nama atau benda. Komunikasi dalam bahasa tersebut dengan berbual bersama mereka. Contoh bahasa di malaysia ialah bahasa mandarin, inggeris, arab, tamil, dan pelbagai.
8.TAJAMKAN INGATAN.
1.Ulangkaji.
2.Belajar untuk tahun depan, contoh kamu tingkatan4 dan cuba belajar tingkatan5 semasa cuti sekolah.
Selamat mencuba untuk mendapatkan "A".
3.Makan kismis.
4.Pemakanan yang berkhasiat mempengaruhi tubuh badan dan otak, elakkan makan hati atau limpa ini akan memberi anda sifat pelupa.
Komen dan kongsikan tips anda dan saya akan paparkan di blog saya, Terima kasih untuk kongsikan bersama serta sangat dialu-alukan.
No comments:
Post a Comment