Nuffnang

Monday, January 17, 2011

LCD/TV/HIFI/DVD PLAYER/MP3/M DAN SEGALA ELEKTRONIK.




LCD DAN PLASMA APA BEZA
PAPARAN HADAPAN-
Liquid crystal display adalah nama panjang untuk LCD, bahagian depannya sama dengan monitor komputer yang mempunyai cecair liquid crystal. PLASMA pula bentuk seperti LCD tetapi cover depan adalah dibuat dari kaca dan kuat serta tahan dari pecah.Kedua-dua jenis TV yang terbaru dalam pasaran ini memang amat laris dijual.


GAMBAR CANTIK
LCD DAN PLASMA kedua-dua mempunyai gambar yang cukup cantik, tapi anda haruslah bijak membeli LCD/PLASMA. Saya akan berikan tips untuk anda pilih yang terbaik. Pertama anda lihat ruang dan saiz TV yang sesuai untuk ruang anda, jika ruang anda kecil dan saiz tv lcd/plasma besar seperti saiz 40'' serta jarak dari tempat duduk ke lcd/plasma adalah dekat lebih kurang 2m/200cm, ini adalah amat tidak sesuai kerana anda akan lihat ianya sangat besar dan mata anda tidak boleh nampak keseluruhan tv secara sepenuhnya ini kerana apa yang anda lihat adalah screen tv dan ianya lebih kurang seperti di wayang dimana anda duduk di hadapan sekali serta tidak nampak keseluruhan screen.



CADANGAN
Anda harus ikut saiz tv dengan ruang anda, contoh saiz 32'' sesuai untuk ruang yang kecil, jika ruang yang besar anda boleh membeli 40'' 42'' dan jika ruang anda terlalu besar anda boleh beli tv yang bersaiz 50''>. 
Jika anda ingin membeli tv besar anda haruslah beli jenis plasma  kerana selain gambarnya cantik gambar juga tidak pecah. Ini kerana ada customer saya yang membeli lcd saiz 50''inchi  tapi memulangkan balik dan refund kerana gambar pecah. Jadi saya cadangkan agar dia membeli plasma dan terbukti gambar cantik dan tidak pecah.


GAMBAR CANTIK DAN JELAS.
Anda inginkan lcd/plasma yang cantik dan terang beli resolution yang bersaiz besar,1920x 1080 gambar ,emang cantik tidak kira apa saiz lcd/plasma 32" 40" 42" 50"> semuanya cantik. Ia digelar FULLHD/ HDTV.


TIRUAN VS ORIGINAL
Kini banyak model yang mempunyai banyak function tapi awas dengan tiruan,bagaimana nak mengenal tiruan, mudah sekali, iaitu harganya terlampau murah dan saiz besar (40",42",46"50") dijual dengan harga RM 1600. Fungsi yang banyak dan dijual dengan harga agak berpatutan dan mengikut harga pasaran adalah lcd/plasma yang original.


FUNGSI
Kelihatan sejak 4 tahun ini banyak syarikat lcd/plasma banyak mengeluarkan lcd/plasma yang pelbagai fungsi, contoh usb port untuk mainkan gambar/video/muzik, touch screen power on/off, FULL HD, hdmi, dan menarik ialah boleh connect dengan computer untuk bentangkan presentation atau melihat movie. Menarik sungguh teknologi sekarang yang makin maju dan disebabkan banyak persaingan lcd/plasma dan pelbagai barangan elektronik akan jatuh harga dalam masa setahun kerana terdapatnya produk baru.


Kini banyak syarikat besar yang menjual barangan berkualiti seperti sony, pioneer, jvc, panasonic. lg dan banyak lagi.


HIFI
Apa itu hifi, hifi adalah sistem muzik sama seperti radio bezanya ia mempunyai speaker yang besar dan bass yang gempak, jika anda peminat bass belilah sony kerana bunyi bass sangat bagus. Bunyi yang cool dan clear cubalah pioneer memang puas hati. Nak yang ada bass dan bunyi yang best giler, cubalah jvc. Bergantung kepada jenis brand, semua brand ada kebaikan masing-masing. Terbaru dalam lima tahun ini hifi mempunyai fungsi touch screen, pemain lagu dengan menggunakan usb, serta bluetooth melalui handfhone ke hifi dan anda boleh pergi dalam jarak 9meter dan frekuensi tetap jelas sehingga ke 16>28m ia akan berhenti bermain lagu.


HOME THEATER
Home theater adalah speaker dengan dua/empat tiang serta woofer ianya sesuai untuk menonton movie atau rancangan astro seperti bola dan lebih memberi kesan jika menonton action movie. Woofer yang besar akan menghasilkan bass yang kuat.


MP3
Bagi yang gemar mendengar muzik atau suka jamming gitar sesuailah dengan anda kerana suka mendengar muzuk. Dimana sahaja anda berada samaada dalam bas, keretapi, kereta,pejabat, supermarket, pantai anda boleh layannn.


P/S:Aku pernah bekerja dengan kedai elektronik jadi aku kongsikan pengalaman aku.Jika korang ada pertanyaan tentang lcd/plasma atau kualiti boleh tanya kat aku, dan aku akan cuba jawab.Pemasangan system home theater atau lcd/plasma tv pon boleh.Email:feelhapppy@gmail.com

2 comments:

  1. how to plug the home theater, astro and lcd together, I try but it don't works because no sound and only the lcd got the link with astro but cannot hear sound???? if you know reply me- hazarul.

    ReplyDelete
  2. Mcmana nk psg@smbungkn kabel dr tv led LG ke astro dan home teater LG? Ada prkhidmatan pmasangan kt serendah selangor ke? Caj? Urgent - adzhan 0142605577 tksih

    ReplyDelete

PELUANG ANDA!!

HANGAT

Untuk sebarang sewa iklan di blog saya sila post comment

IKLANKAN DI BLOG SAYA- percuma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers