Nuffnang

Tuesday, February 15, 2011

Oh! Aku suka kamu!



42 PERKARA YANG AKU SUKA.
1.Aku bersyukur sebab ada tempat tidur walaupun dari usia aku di zaman budak-budak hingusan, katil tidak pernah ditukar hingga pernah aku duduk atasnya dan roboh ke bawah..aaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!. terima kasih..

2.Selalu aku akan bergurau dengan adik-beradik ku sehingga terjadi pergaduhan bergusti menyebabkan pendarahan di kepala, aku bersyukur sebab adik lelaki ku bernafas lagi dan aku sukakan bergusti dengannya tetapi tidak lagi apabila janggut ku mula tumbuh. Terima kasih kerana aku punya adik.

3.Biasanya apa yang aku minta dari ibubapa ku tidak semuanya dapat, tetapi aku belajar berdikari. Nak gitar aku simpan duit sendiri, nak beli motor? Aku kerja dalam 4 bulan di pusat membeli-belah dan dapat beli motor yamaha ss 110cc. Itu pon terlibat dalam kemalangan ketika umurku 20 tahun kerana kereta dari belakang melanggar aku sehingga aku tercampak ke seberang jalan dan parah. Kelajuan aku ketika itu hampir mencecah 150 km/j (kenderaan modifight- racing kit). Bila dah jatuh dan parah aku rasa tidak guna bawa laju sampai melibatkan nyawaku.(racing kit-going hospital kit). Aku dikatakan bahawa tulang di bahagian tangan aku patah  dan perlukan simen, memang nak menjerit aku rasa! Namun setelah berapa bulan pulih semula, baru aku tahu tangan aku tidak patah, hanya mereka bergurau dengan aku. Bersyukur kini aku hidup lagi.

4. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah aku jatuh dari gunung, dan hampir maut, apabila tiba saat cahaya di hujung hari, aku mimpi rupanya. haha. Aku bersyukur kerana ia tidak benar-benar berlaku ketika berada di Cameron Highlands tempoh hari. 

5. Terindah dalam hidupku, mungkin tiada.Dan hanya biasa-biasa, cuma gila-gila sikit perangai aku. Yang terindah kebanyakannya terjadi saat aku tidur, seperti berada di kota yang cantik, mandi di suatu kolam yang tiada pernah aku lihat di malaysia dan luar negara, kat mana eh?.( Dan segala macam ilusi dan karut-marut- mungkin best kot, entah). Terima kasih kerana ada juga yang indah. Aku rasa hidup semua manusia indah walaupun ada yang kekurangan duit.




6.Pernah bercinta tapi putus di tengah jalan, namun terima kasih atas pengalaman dan kasih sayang yang pernah dilalui pada masa lalu. Memang betul cinta itu buta, tapi butakah mataku? Tidak kerana cinta itu terlihat dari mata dan jatuh ke hati.Cinta itu buta kerana ada juga insan yang buta bercinta, benarkah? Terima kasih kerana aku ada manusia normal yang punyai perasaan. Syukur sebab tiada gadis yang mengandung disebabkan aku.whatttttttttt???????

7.Mungkin ini memang jalan takdirku mengagumi tanpa dicintai, tak mengapa bagiku asal kau pon bahagia dalam hidupmu , telah lama ku pendam persaan itu, menunggu hatimu menyambut diriku, tak mengapa bagiku cintamu itu adalah bahagia untukku, ku ingin kau tahu diriku disini menanti dirimu , meski ku tunggu hujung waktu ku, ku berharap rasa ini akan abadi untuk selamanya, dan izinkan aku memeluk dirimu dan untuk kali ini saja untuk ku ucapkan selamat tinggal selamanya dan biarkan rasa ini untuk sekejap saja. Ku ingin kau tahu diriku disini menanti dirimu.

8. Aku suka bila aku tolong seseorang dia menghargainya, walaupon tidak boleh membalas budi atau membayar cukup dengan menghargainya. Aku suka kalau orang yang aku tolong tidak membayar atas pertolongon aku, contoh aku hantar member aku dari melaka ke kuala lumpur tapi sesen pon aku tak ambil dan aku pon menuju arah yang sama, walau pon minyak naik mendadak di psaran ia tidak membuat aku rasa rugi, biar kaya dengan budi asalkan dihargai.

9. Aku suka sebab setiap malam sebelum aku tidur aku akan tampalkan gambar ke dinding, untuk memberi idea kepada aku. Selalu aku akan lihat gambar yang memberi inspirasi, dan aku akan dapat idea untuk menulis blog dan aku akan cuba berusaha seperti mereka untuk kejayaan, jarang aku tulis blog dengan melihat di blog orang lain, melainkan aku beli buku dan lihat hanya pada gambar, seterusnya aku akan buat satu post berdasarkan satu gambar. Sama la macam cikgu di sekolah menyuruh murid membuat satu perkataan jadi karangan. Lebih kurang la......aku suka.

10. Mencetak senarai bisnes ialah hobi aku.

11. Melancong dan pergi ke luar negara adalah perkara yang aku paling minat. Aku paling jauh pon cuma pernah pergi korea dan jepun, menarik di jepun masyarakatnya rajin bekerja dan bangun seawal 5 pagi waktu jepun.

12.Bila aku sedih aku cari emak aku, dan bila aku gembira aku bersama teman-temanku, aku suka aku ada emak dan sepatutnya bila gembira aku kongsikan dengan ibuku. Aku sedih bila dapat gembirakan ibuku, tapi aku suka.

13.Banyak-banyak perkara yang aku lalui, pengalaman paling best dan ekstrem ialah melompat dari tingkat 4 tapi aku tidak merasa apa-apa malah terjatuh pon tidak. Aku suka.

14.Dalam pelbagai warna aku pilih biru sebab warna biru majoriti dunia.Aku suka.

15.Paling mengembirakan aku ialah ketika aku menyelam terjumpa satu beg plastik seberat 4 kg dan macam banyak duit, bila aku buka kosong dan penuh dengan air, yang menggembirakan aku ialah 4 saat sebelum membuka plastik 4kg itu.

16.Bila cinta ditolak aku suka perempuan tu cakap saya tidak terima cinta awak, tapi saya nak kawin dengan awak.

17.Pendapatan yang aku banggakan ialah aku meraih 2600 sebulan dengan hanya walaupon aku tidak ada bisnes. (sebab ko kerja bawah orang kan? )



18-42 bersambung.....

No comments:

Post a Comment

PELUANG ANDA!!

HANGAT

Untuk sebarang sewa iklan di blog saya sila post comment

IKLANKAN DI BLOG SAYA- percuma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers