Nuffnang
Friday, December 31, 2010
AKU INgIn BerJayA walaupun Jatuh BErIbU kali!
Aku ceritakan tentang serba sedikit tentang diriku masa kecil dulu(Taman astakona) haha, okey begini. Dari kecil mama aku suka kalau aku belajar daripada menghabiskan masa bermain dengan kawan di waktu petang. Aku seorang yang keras kepala dan sememangnya sukar untuk dibentuk. Setiap apa yang aku nak akan aku cuba dapatkan. Mama aku ajarkan bahasa inggeris tetapi aku malas bertekak dengan mak aku dan selalu aku tidak dengar apa yang mama aku katakan sebaliknya selalu fikir skill terbaru untuk jaringkan bola ke dalam gol, ini kesan daripada minat aku mendalam dalam sukan bola sepak.Dari sekolah rendah sikap aku tak pernah diubah sehingga masuk ke sekolah menengah aku selalu berhayal dalam kelas, nak kata ada amik dadah tak ada mungkin banyak berfikir sampai berimignasi dari pagi ke petang. Hari demi hari, bulan demi bulan, periksa makin dekat dan pelajar lain sibuk ulangkaji aku dan rakan-rakan aku yang sememangnya blacklist di mata guru-guru ku pergi ponteng sekolah. Apa nak buat kalau Cikgu yang mengajarkan subjek itu memang bersungguh nak ajar, tapi setiap kali Cikgu matematik aku mula buka mulut aku rasa nak tidur. Bagai ada sesuatu irama muzik yang sayu dan relax tapi lama-lama aku rasa irama tersebut boleh membuatkan aku tidur dengan nyenyak. Sampai tahap aku bosan dan tidak faham bertambah lagi kawan-kawan melayu aku semua ponteng kecuali aku dan untuk pengetahuan korang sekolah aku tu sekolah cina di kuala lumpur, dan dalam kelas aku 5 lelaki melayu terakhir adalah kawanku dan yang lainnya semua cina. Minat belajar memang ada tapi dah lah sebelah tempat duduk aku tidak ada orang semua duduk kat belakang kira strategiklah aku duduk kat depan ni senang dengar apa Cikgu cakapkan dan mudah nak tangkap apa yang diterangkan. Malang sekali aku tak faham apa yang diajar dan aku mula memberontak dengan mengikut kawanku yang 5 itu pergi jump over the gate dan aku bolos dari pagar sekolah yang dah usang lagi senang dibolosi begitu sahaja. Nampak memang pengaruh raakan akau memaksa aku menjadi seperti ini budak jahat yang degil dan nakal serta memberontak. Apa aku boleh buat dengar, Cikgu ajar aku tidur nak belajar itu ada tapi tak ada member, semua kawan ku ponteng sekolah. Atas faktor yang tidak sempat nak diambil kira aku liar, habis sekolah snooker time. Exam dekat dah ni, lantaklah aku tak kisah apa nak jadi jadilah. Akhirnya keputusan aku keluar dan aku tak sangka sebab aku banyak juga buat study group, buat latihan dengan kawan(itu yang kau tipu mama dan papa ko kan) camana keputusan aku teruk. Aku akui memang semuanya salah aku atas faktor tertentu. Pernah aku terfikir asal aku tidak tukar sekolah lain je, kalau sekolah ni dah macam neraka dunia. Terfikir balik aku kenapa papa aku hantar pergi sekolah, untuk apa? Memang aku menyesal sebab sikap aku segala tingkahlaku aku yang seperti blackmafia. Kini aku cuba bertukar dari yang negatif kepada positif dan dari yang jahat bertambah jahat(ada aku lempang mulut kau ni usop, kawan sebelah aku) baik. Tahun berlalu dan zaman berubah aku rasa aku dah banyak berubah dari yang dulu, aku solat, mendengar nasihat ibubapa dan rakan-rakan serta mendengar kata. Kini aku belajar di IPTA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Untuk sebarang sewa iklan di blog saya sila post comment
IKLANKAN DI BLOG SAYA- percuma
No comments:
Post a Comment